Ahad, 26 Januari 2025

Pengalaman Mengambil Diploma Sains (Matematik) di UPSI ~ Blogger

Pengalaman Mengambil Diploma Sains (Matematik) di UPSI


Hi korang! Rasa nak sambung belajar kat UPSI ke tu? Kalau ya, welcome to the club! Hehe. 😊

UPSI memang tempat yang sangat best, tau! Kampus dia besar, cantik, sejuk, aman, dan view dia—perghh, memang terbaik! Personally, tempat kegemaran Yati mestilah perpustakaan dan masjid dia.Oh ya, sekarang ni lagi power sebab dah ada CU Mall kat UPSI. Serius woow! 😍



First Impression di UPSI
Waktu mula-mula masuk UPSI, Yati memang nervous gila. Bayangkan, kena duduk jauh daripada family, orang pun semua tak kenal, pastu yang paling epic Yati sebenarnya tak suka Math! Hahaha, bayangkan masuk Diploma Sains (Matematik), tapi Math tu bukan cinta pertama. Jadi, memang insecure gila sebab rasa macam semua orang nampak terror habis.

Tapi sebenarnya, benda tu taklah menakutkan sangat. Trust me, korang chill je! Slowly, korang akan rasa selesa. ❤❤❤

Batch Yati dan Perjalanan Awal
Yati masuk UPSI untuk intake kedua, jadi batch Yati tak ramai sangat hanya 14 orang. Dan majoriti perempuan, tau! Ada tiga je lelaki dalam batch kami. Waktu semester pertama tu, memang cabaran dia lain macam. nervous bercampur stress, sampai kadang-kadang rasa susah nak fokus pada pelajaran.

Tapi, Alhamdulillah, Yati bersyukur sebab Allah hadirkan kawan-kawan yang sangat supportive. Mereka selalu ada untuk Yati, tak kira apa keadaan sekali pun. Kalau korang rasa subjek susah, jangan risau, boleh je survive asalkan rajin buat latihan banyak kali. Practice memang kunci utama untuk subjek macam ni! ✊💪

Hidup di universiti bukan sekadar belajar teori dan fakta, tapi juga cara berdikari, mengurus masa, dan menyelesaikan konflik. Semua pengalaman ni akan menjadikan korang individu yang lebih matang dan bersedia untuk dunia sebenar. Jadi, jangan takut dengan cabaran, sebab ia sebahagian daripada proses pembelajaran! 💖

Overall
Jadi, kepada sesiapa yang nak sambung belajar di UPSI, especially dalam bidang Matematik, don’t worry too much! Mungkin awal-awal tu akan rasa mencabar, tapi percayalah, korang pasti boleh adapt. UPSI adalah tempat yang indah bukan saja untuk belajar, tapi juga untuk bina kenangan manis.

So, apa tunggu lagi? Jom jadi sebahagian daripada UPSI! 💖




1 ulasan:

  1. Kalau korg ada apa ii pertanyaan boleh tanya di sini ,insyaallah yati try jawab !

    BalasPadam

Pengalaman Mengambil Diploma Sains (Matematik) di UPSI ~ Blogger

Pengalaman Mengambil Diploma Sains (Matematik) di UPSI Hi korang! Rasa nak sambung belajar kat UPSI ke tu? Kalau ya, welcome to the club! He...